KESIMPULAN
KESIMPULAN
Sebagai penutup wacana, kita dapat menyimpulkan bahawa teknologi yang semakin canggih dapat membawa negara ke arah yang lebih maju. Dari teknologi juga, kita dapat membentuk kesihatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk menjamin kesejahteraan rakyat. Kita mestilah mengamalkan budaya mementingkan kesihatan dan perpaduan untuk menjamin masa depan negara dalam keadaan negara sekarang yang dilanda pandemik covid-19.
Sebagai rakyat, kita merupakan masa depan negara untuk memajukan dan membanggakan nama negara ke serata dunia. Tambahan pula, konsep 1 Malaysia yang berasaskan prinsip "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" juga menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan kunci atau seniata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Perpaduan kaum merupakan elemen yang penting dan harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara kita yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara. Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara. Bagi mencapai kemajuan, negara memerlukan rakyat yang dedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Comments
Post a Comment