ISI 2
ISI 2:
Menggalakkan rakyat membudayakan kehidupan lebih sihat dan cergas.
HURAIAN:
Pada zaman yang penuh dengan pelbagai jenis teknologi dan cabaran ini,kita dapati bahawa kehidupan masa kini telah jauh berubah berbanding 20 tahun yang lalu.Masyarakat masa kini telah mengamalkan pelbagaijenis gaya hidup yang sesuai dengan kehidupan mereka sekarang.Berdasarkan isi diatas iaitu menggalakkan rakyat membudayakan kehidupan yang lebih sihat dan cergas, ini memfokuskan kepada amalan gaya hidup yang boleh mengurangkan pelbagai risiko penyakit pada masa hadapan.Namun demikian,ribuan rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan ,tidak aktif dan terlalu banyak menghisap rokok.Selain itu,faktor utama yang menyumbang kepada gaya hidup kurang sihat ini termasuklah pengambilan makanan yang tidak sihat.
Oleh itu,untuk menangani masalah tersebut,ia juga perlu diiringi usaha berterusan dalam menerapakan gaya hidup yang lebih sihat.Sebenarnya,pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan mahupun swasta untuk menggalakkan rakyat Malaysia membudayakan kehidupan lebih sihat dan cergas.Antaranya,adalah dengan memperkenalkan piramid makanan yang mewakili 3 bahagian hidangan yang optimum untuk dimakan pada setiap hari dari setiap kumpulan makanan asas.
Selain itu, bersenam juga dapat meningkatkan reaksi badan kepada hormon insulin,menguatkan otot dan jantung serta mengawal tekanan darah.Bersenam juga boleh dilakukan dengan pelbagai cara iaitu berbasikal dan juga berenang dan boleh menetapakan target untuk 10 ribu langkah sehari. Oleh itu, mengamalkan gaya hidup sihat adalah penting bagi mengelakkan diri daripada mendapat penyakit yang kronik.Pengalaman gaya hidup dapat menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia dan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian haruslah diamalkan bagi melahirkan rakyat yang bebas penyakit .
Comments
Post a Comment